Support Self

"Never give up for Something we Want! "

Thursday 2 August 2012

Permyjaya Congestion

Miri, sebuah bandaraya maju dan membangun daripada minyak dan gas serta hasil Bumi yang lain. Kini saya menjalani Latihan Industri di salah sebuah pejabat kerajaan Pentadbiran Bahagian Miri selama 2 bulan. Kos hidup yang tinggi di bandaraya ini berbanding bandar-bandar lain di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia nyata setiap hari sebagai rutin harian saya. Selama dua bulan saya menjalani praktikal, saya tinggal bersama saudara saya di Bandar Baru Permyjaya. Nama dah bandar baru, maka, semuanya mestilah baru. Orang pun baru dari segi mentaliti, perrlakuan, budaya dan adat resam.

Permyjaya diduduki semua kaum di Sarawak terutamanya kaum Bumiputera seperti Iban, Orang Ulu dan Cina merupakan kaum majoriti. Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai demografi penduduk di sini kerana migrasi penduduk yang semakin meningkat menyebabkan pertumbuhan dan pertindihan serta perancangan yang kurang efisien berlaku.

Gambar di atas bertarikh 03/08/2012 yang saya sempat shoot ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. SESAKNYER! dahulu jalan ini cuma dua hala sahaja kira-kira dalam tahun 2007. Semua orang tahu bahawa Permyjaya akan membangun dan meningkat jumlah penduduk, kenapa kontraktor seperti Shin Yang  tidak terfikir lebih awal untuk membina jalan raya yang lebh besar bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin hari meningkat dan bertambah? Lagi persoalan, minyak berlambak, Miri pengeluar utama, tetapi jalan raya yang dibina masih ada kekurangan. (hurmmm)

Bagi Projek menaiktaraf jalan ini kontraktor syarikat Shin Yang mengambil alih. Tender tak pasti. mungkin dua-dua dia ambil alih.... banyak juga projek syarikat ini... dapat ke siap dengan memberi kepuasan kepada pengguna? or sekadar siap? tetapi kesesakkan masih berlaku.......


No comments: