Seronok sangat bila diberi peluang mendapat pengetahuan dan pengalaman melalui Seminar yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak dengan UKM terhadap isu Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran. Seminar ini bertujuan untuk melihat dan menerap sejauh mana kefahaman dan keprihatinan masyarakat terhadap isu tersebut terutamanya dalam kalangan pelajar IPT.
Gambar Kenangan semasa seminar ;Task for Stop Human Trafficking and Smuggling of Migrans.
Apakah Pemerdagangan orang dan Penyeludupan Migran? saya fokus kepada negeri Sarawak terhadap isu ini. Pemerdagangan orang bermaksud mengekploitasi seseorang memalui apa jua cara dan keadaan yang melanggari hak-hak asasi terhadap individu yang diperdagangkan manakala Penyeludupan Migran bermaksud membawa masuk orang bukan kerakyatan negara yang dimasukinya, merentasi sempadan dengan apa juga cara iaitu tidak melalui pintu masuk yang ditetapkan oleh negara. Di Sarawak banyak post-post Imegresen setakat ini diwartakan berjumlah 9 post imegresen di sempadan Sarawak dengan Kalimantan. Bentuk muka Sarawak yang sukar dikunjung hingga ke pedalaman, kita maklum bahawa ini merupakan satu masalah kepada pihak berkuasa, polis dan imegresen untuk mengesan dan menangani isu ini. Tetapi, bagaimana pula dengan isu-isu yang melibatkan rasuah? siapa yang merasuah? Saya akan ceritakan pengalaman rakan saya dalam perjalanan dari Miri ke Kuching menggunakan bus di sebelah malam. Pembaca boleh relate sendiri cerita ini dengan isu yang saya bincangkan tadi.
Cerita daripada Pengalaman kawan saya: Kira-kira pukul 1 pagi, saya sampai di bahagian Betong, tapi sebelum tu ada sebuah tempat rehat, dan pemandu bus membenarkan penumpang untuk keluar dan berehat. 5 orang warga Indonesia naik dari tempat rehat tersebut dipahamkan hendak pulang ke Kalimantan dan persinggahan mereka ialah daerah Serian. Selepas beberapa minit perjalanan dari Betong ke Lubok Antu, saya dikejutkan oleh pemandu bus bersama-sama dengan penumpang lain untuk berjaga kerana ada pemeriksaan Polis (3 orang menggunakan sebuah kereta). Seorang anggota polis meminta semua penumpang mengeluarkan kad pengenalan diri, dan 5 warga Indonesia tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan termasuk pas cuti daripada majikan (surat majikan), pasport, visa dan sebagainya. Dengan suara yang tinggi seorang anggota polis itu mengarahkan warga Indonesia itu untuk keluar. Memandang tempat duduk saya di bahagian paling depan, saya dapat menangkap semua perbualan polis tersebut dengan 5 orang warga Indonesia tersebut yang terdiri daripa 4 orang lelaki dan seorang perempuan pertengahan usia. " kalau nak selamat kamu semua harus membayar RM500 seorang", kata seorang polis tersebut. Dengan berani seorang warga Indonesia itu berkata " Maaf pak polisi, emangnya kami harus bayar sebanyak itu pak? kerna kami punya tuan dan ini nombor hape' tuan kami, bisa dihubungin jika berlaku kecelakaan kepada kami, kerna kami tidak punya uang sebanyak itu sekarang....". Tanpa menghiraukan rayuan warga Indonesia tersebut, polis tersebut tetap berkeras meminta sebanyak yang dikatakannya tadi tanpa membuat apa-apa langkah yang profesional seperti menghubungi majikan warga Indonesia tersebut. Setelah mengetahui akan jumlah yang hanya ada pada mereka, akhirnya polis tersebut meminta sebanyak RM250 seorang daripada kelima-lima mereka, dan mereka dibenarkan naik semula ke dalam bus dan meneruskan perjalanan.."
Dalam seminar yang saya hadiri saya memperolehi maklumat bagaimana menangani isu ini tertamanya di Sarawak. 5 orang warga Indonesia tsbt saya masih membuat pertimbangan untuk memaksudkan mereka sebagai didiskriminasi oleh majikan kerana hanya dibayar gaji yang sedikit dalam tempoh yang lama atau kelima-lima warga Indonesia itu dibawa masuk melalui jalan haram oleh majikan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan. 3 orang anggota polis yang memakai kereta peronda polis (kawan saya tidak sempat mengambil no flat kereta), wajarkah mereka membuat tindakan sebegitu terhadap warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan? Kerana melalui semianar tersebut, pihak polis bertanggungjawap untuk menahan dan menempatkan warga asing tersebut sebelum dihantar pulang, kerana terdapat banyak polisi yang menyentuh mengenai tanggungjawap dan peranan pihak polis, dan seperti yang saya maklum, tindakan 3 orang anggota polis tersebut adalah 'salah' thrdp warga asing. Saya tidak akan secara diriect menyatakan ini satu rasuah, tetapi jika berkenaan dengan diri anda yang mempunyai tanggungjawap terhadap kerajaan untuk menangani isu PATI, PLEASE....... elakkan daripada melakukan perbuatan ini.
Mengenai Penyeludupan Migran, jika anda mempunyai maklumat mengenai isu dan kejadian ini hubungilah pihak berkuasa berdekatan. this is a serious issues! saya akan seritakan semula mengenai isu ini, melalui pengalaman saya sendiri iaitu pada bula April 2012, semasa perjalanan dari Kuching ke Miri. Tunggu updatenya selepas Gawai Celebration.
No comments:
Post a Comment