Kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GAWAI kepada semua kaum Dayak yang merayakan perayaan ini, sudah menjadi kewajipan dan kebanggaan terhadap asal dan keturunan.
Dalam kesibukkan menelaah buku-buku pengajian saya, tiga hari sebelum pulang ke kampung yang terletak di Ulu Niah di mana jemari saya terus membuat pencarian maklumat mengenai perkembangan terkini Rh Panjang Tr Changgai (dahulu Tr Ranggong) terhadap kes Tanah Adat Bumiputera dengan pihak pemaju yang memungkiri perjanjian untuk menukar tanah usahasama tersebut NCR untuk ditukar status kepada tanah negeri oleh pihak bertanggungjawap Bintulu Lumber Development. Sebagai anak jati yang berasal dari kampung tersebut, pengetahuan saya mengenai kampung sendiri bukanlah boleh dibanggakan tetapi saya mengetahui semua perkembangan terhadap isu-isu tersebut. Terdahulu, penduduk kampung telah dibayar dividen berjumlah RM1.5M terhadap hasil usahama dengan syarikat pemaju. Tetapi kes ini tidak berakhir begitu sahaja apabila perlanjutan perbicaraan diteruskan di Miri bermula dari beberapa minggu yang lepas berbanding sebelum ini penduduk kampung terpaksa menyewa 2 buah bus dan bermalam di hotel di sekitar Kuching sementara menunggu perbicaraan.
Mengulas mengenai perbicaraan terdahulu, saya sendiri pernah menyaksikan kehadiran penduduk kampung di hadapan makhamah tinggi (Hight Court Petrajaya) sebagai usaha penduduk demi menyelamatkan tanah tempat mereka menanam hasil Bumi dan sebagai rezeki dan mata pencariaan utama. Berslogankan " TANAH PENGIDUP KAMI" bermaksud tanah adalah sumber utama kehidupan penduduk untuk menyara hidup mereka. Daripada Pencarian saya, belum ada laman khusus yang mengulas isu ini, tetapi sebagai usaha dan apa yang saya lalui dan perolehi saya ingin kongsikan disini. DayakBaru.com dan Sarawak Indigenous Community News antara dua laman yang pernah menyentuh kes ini. Di sini, saya berkongsi pengalaman dan penceritaan pengalaman penduduk mengenai "saat-saat DARURAT" penduduk kampung semasa "blockade" melalui rujukan di pembacaan di bawah.
e....)
Bajet edit sendiri... gambar pada 27 Mei 2012 di Sunday Market, Satok, Kuching. Nanti gambar-gambar gawai bersama penduduk kampung akan saya upload kat sini... BYE xoxo...
No comments:
Post a Comment