Support Self

"Never give up for Something we Want! "

Tuesday, 31 January 2012

'lidah yang kelu..'

Pernah merasakan dilema yang teramat sangat? Banyak pekara yang menyebaabkan lidah kelu untuk berkata-kata. Aku membawakan kisah disini mengenai seorang gadis yang sangat taat akan kata2 ibu bapanya, cerdik dan berdikari sehingga dapat menjejak kaki ke menara gading. Payah dan Payah si gadis dalam merealisasikan impian kedua-dua orang tuanya untuk menggemgam segulung ijazah, tiba2 gadis itu 'jatuh'. Hendak diluah, mati emak, hendak ditelan, mati bapak...Hanya Tuhan mengethui akan hati dan perasaan yang terpaksa ditempuhi oleh gadis itu,air-mata, gelak ketawa, kesetiaan, segala pembohongan... yang bercampur aduk dalam kehidupan penuh pancaroba...di dalam membalas semua keringat orang tua.... semoga Tuhan memberkati gadis ini.... salam 2012, year of Dragon.. :)

Monday, 23 January 2012

Kota Tinggi Waterfall Resort

Last visit: 22nd January 2012
:::seronok mandi, walupun..aduh ramai sangat yang mengunjungi resort yang terletak kira-kira 19km dari Bandar Kota Tinggi dan mengambil masa satu jam lebih perjalanan dari Johor Bahru. Persekitaran resort ini masih dibangunkan dan mempunya hutan simpan yang terletak kira-kira 1 km dari waterfall resort. seuai untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti 'jungle tracking', camping, sbgnya. Berkunjung pada hujung minggu dngan bayaran masuk untuk kereta persendirian RM3 dan dewasa RM7.50/person. Jum berkunjung dan anda akan menikmati udara dan ketenangan berada hutan hujan tropika yang tidak akn pernah ada di kota konkrit!

seronok puteri2 ni bersiram.....

Friday, 20 January 2012

pandai'

kata nenek: kenapa tak nak pergi sekolah? macamana nak pandai...??
cucu: nenek2, banyak sangat sekarang orang pandai. nenek tau tak? jenayah, diskriminasi, penghinaan, peperangan, penderaan...rasuah, cerai-berai, maksiat....kan semua tu adalah "lebih daripada PANDAI?"
nenek: orang pandai ni dapat banyak duit.
cucu: duit dia tak dapat bawa mati nek. jasad je yang reput.. roh???
:::: HIDUP DI DUNIA, BERAMAL, BERILMU DAN BERTAKHWA :)

katak oh katak'

Tergelak teman kita bila bercerita tentang katak. Ini kerana bentuk badan katak yang pendek, mata yang besar perut yang buncit. tapi, katak adalah sebahagian daripada makanan exotik, sedap dan menjadi kegemaran sesetengah orang yang inginkan kesihatan. jom jalan2 cari katak!
ini dia salah sebuah restaurant tempat kita order katak. satu ekor rm17. kita order SEEKOR sahaja bersama makanan lain. Makan punya makan.., mak oi!!! harga! diharaplah pekerja restaurant ni kalau nak berniaga pun jangan cekik darah orang. dah okey kita jadi customer, jangan sampai hilang customer sudah la.... peace!

kahwen "

ni orang kita punya mulut..
::: kahwen muda..." ish muda2 dah kawen, entah2 ada buat benda tak bagus, dah mengandung kot!"
:::kahwen tua'..."hurm.., dah tua, dah bergelar andartu, anak dara tua baru nak jejak pelamin, tu lah muda2 dulu sombong, muka tak lawa kot, pasal tu tak laku....."
:::kahwen besar-besaran...."besarnyer kenduri.. nak tunjuk kaya, ada duit lah tu, kalah anak Datuk"
:::kahwen kecil-kecilan.... "keciknyer kenduri, tak cukup nak makan... berjimat ke aper? kedekut sangat"

kata lecture' saya

...paham... (kalau MEMBACA)
kalau....... tak paham itu,...normal >!~
tapi...........lebih tak paham itu....sangat normal :-(
dan...........langsung tak paham itu, ....sangat-sangat normal :-)
         

kantau'

Saya suka negeri Sarawak. sebab lahir disini. :) Bumi Sarawak masih diliputi hutan. hampir 70% termasuk kawasan luar bandar. tidak ada transit atau struktur jalan raya (higway) yang bagus dan lebar sebagaimana di Semenanjung Malaysia. kenapa?
Menjelang musim perayaan. aduih sesak terminal. balik Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang.. Kita nak balik. kita selalu saja nak Pakai Bus Asia, siap booking awal. Pak Cik Driver ni pintar lagi. korang yang masih tak tau nak pakai bus express kat Sarawak. inilah pengalaman kita.
Pak Cik inilah yang digelar "Mat Kantau". "kantau" kita tak pasti iya membawa maksud apa. tapi yang kita dapat jelaskan disini, kantau ni rezeki haram. ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Sengaja Mat Kantau ni tak berhenti kat tempat tiket, pasal nak bagi orang lepas bus. lagi satu, sesape yang tak de tiket, lagi bagus tak payah pakai bus. Mana de Driver ni bagi tiket kat korang. Duit masuk poket dia. Kang sampai kat stesen yang seterusnya kalau ada orang naik yang sepatutna duduk kat tempat duduk korang yang tak ada tiket... susah! tak pasal2 korang yang kena berdiri lak.. yeah..! bukan pengalaman...tapi dilihat dari reality.. peace >!~
ni dia kita punya "view" jap. 1 Malaysia, 1 Bus Asia, hapuskan "kantau" !

PATI or 'simpati' ?

ewah2... tu rancangan gelak ketawa Raja Azura dengan Nabil. ni ehwah (mewah) jiran kita. Jejak kaki ke Bumi Malaysia, sehelai sepinggang. Malah ada yang melalui jalan haram. Tanpa passport, premit, document perjalanan yang sah, menggunakn pas palsu etc. Tak payah kita nak listkan di sini. Semua paham dan mengetahui. Tak paham? Mungkin anda adalah sebahagiannya.. :) jom release kat sini!
Ini tempat kita. gambar diambil pada 30Dec 11'. oh mak cik ni, nasib baik toleh arah lain. Berasal dari luar Jakarta. Mengadap ke Sulawesi. sampai sini berniaga. beranak pinak. Kat tempat mak cik ni, da ke suasana perniagaan macamni? RM1 - RUPIAH3800.! nanti pulang ke tanahair, beli pulau Sulawesi ye tanter >!<

Thursday, 19 January 2012

Adam & Hawa

Filem Karton berjudul "Delgo" mengisahkan dua wilayah yang bermusuh akibat daripada sikap tamak salah seorang dari ahli keluarga. Si Kakak yang gilakan kuasa telah dibuang wilayah ke sebuah wilayah yang majority dan kesemua penghuni wilayah tersebut adalah kaum Adam.. . maka Si Kakak yang tamak ditabal menjadi raja Wilayah. Malaysia kini mencapai populasi 27 lebih juta. dimana 11 juta lebih adalah wanita dan 13 juta lebih adalah lelaki. wahh patut juga setiap minggu rasanya saya wish "selamat pengantin baru". Apakah alternatif kaum Adam ni yach? sekian..... :)

cik glamour'

Kalau Cakap2, orang fikir kita MERAPU. kalau diam2 saja, orang kata kita Lembab. WAHH! dah sampai tahun 2012 kawan. Most Lucky years especially for someone yang lahir pada tahun "dragon"... apa azam tahun baru? tahun je berubah.. orang kita berubah ke dak? cari kerja, naik pangkat, tingkatkan prestasi, cari pasangan hidup.. huih. semua macam biasa yang berlaku tahun sebelumnya. Tapi ni cerita Cik Glamour. Cari glamour kat FACEBOOK. dulu aku juga model. keluar international magazine, jadi model pakaian branded. tapi semua tu dah berlaku dan sebahagian daripada 'pengalaman'. so, kepada cik glamour (tempatan, GMetro, PMangga,..etc) kita, usah ya pikir glamour mu sepanjang hayat. sebab mukamu akan berkedut everyday mesti di 'make-up' kan. apalah jadi kan kalau tak make-up?? mesti make-down.. huhuhu. happy new Year and Gong Xi Fa Chai